Saturday, November 26, 2016

2016 YANG MENCABAR

Sebulan sahaja lagi tahun 2016 akan melabuhkan tirai. Saya seperti dulu. Azam tahun 2016 masih lagi tak berjaya dilaksanakan.

2017 akan datang. Pasti tahun baharu lebih mencabar dengan kenaikan kos sara hidup dan bermacam-macam lagi yang naik.

Alhamdulillah tahun akhir pengajian untuk degree. Insha Allah harap dapat dilaksanakan seperti yang ditarget. Selesai pengajian pada September 2017.

Tahun 2016 mempunyai cabaran sendiri. Ayah telah ditahan di Hospital Daro akibat sakit Tibi. Syukur Allah permudahkannya dan sekarang telah kembali pulih dan jangkitan Tibi telah negatif sepenuhnya.
Akhir Oktober, Anak Ku Muhammad Nashwa Faaiz ditahan di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Dia perlu menjalani Pembedahan kecil untuk membuang Apendiks. Siapa sangka di Usia 4 Tahun apendik boleh menyerang kanak-kanak yang aktif.

Terima Kasih Kepada semua Doktor, Nurse dan kakitangan Hospital Umum Sarawak dan Hospital Daro.

Tahun 2016 juga meninggalkan saat-saat manis dalam kehidupan. Pertama kali Interview KP32 namun tidak berjaya. Isteri juga dipanggil temuduga untuk LS44.

Akhirnya, Kehidupan pada tahun 2016, berjaya dilalui walau ada cabarannya.












Semoga terus tabah untuk tahun-tahun mendatang. Insha Allah..

Wednesday, March 23, 2016

Hari Pertama Masuk Smart Reader Kuching

Tanggal 21 Mac 2016, adalah hari pertama Muhammad Nashwa Faaiz Bin Nasir memasuki alam persekolahan. Seperti juga kanak-kanak lain, saya perlu meyakinkan diri bahawa Faaiz perlu berada di sebuah pusat pendidikan dan bersama dengan kawan-kawan seusianya.
Pada awalnya, memang timbul kegusaran, berkaitan tingkah laku, dan perkara-perkara berkaitan pemakanan, buang air dan percakapannya. Ketika ini, Faaiz masih tidak boleh bertutur dengan lancar serta menyuap makanan ke dalam mulut  sendiri walaupun telah berusia 3 tahun lebih. Diusia ini, Faaiz tidak boleh berada di satu-satu tempat sahaja.

Pendidikan awal kanak-kanak,  sudah pasti bermula dari rumah. Pusat Pendidikan hanyalah tempat untuk menambah dan memantapkan ilmu bagi seseorang kanak-kanak. Saya percaya dengan kepakaran yang dimiliki oleh tenaga pengajar di Smart Reader Kuching, Faaiz akan lebih cepat mengetahui banyak perkara selepas ini.

Untuk permulaan ini, apa yang saya harapkan Faaiz akan dapat menyesuaikan diri di tempat baharu dengan bantuan para pendidik di Smart Reader.

Sebagai seorang ayah, masih terlalu awal untuk meletakkan sasaran buat Faaiz . Cukup dia gembira dan dapat bergaul dengan kanak-kanak lain. Semoga anak Papa akan memperoleh ilmu yang akan diguna sebagai pedoman dalam kehidupan.

Nikmatilah usia & alam kanak-kanakmu.






Wednesday, January 13, 2016

14 Januari- Selamat Ulangtahun kelahiran ayah yang ke 63

Saya jarang menulis tentang ayah.
Haji Hamid Bin Hj Suhaili.
berasal dari Kampung Sebakau Daro.

Baiklah, rasanya saya perlu berkongsi tentang insan hebat ini.
Didikkannyalah yang mencorak kehidupan kami adik beradik.
kerana kecekalannya, kami mampu seperti anak-anak yang lain.

Ayah telah banyak mengajar saya erti kehidupan.
kehidupan yang penuh cabaran.
Ayah mungkin tidak sehebat orang lain
Beliau mungkin tidak segah dan terkenal

Namun bagi kami, ayah adalah insan hebat
kerana mampu mendidik, menjaga dan membesarkan kami
Terima kasih ayah.

Selamat Ulangtahun kelahiran ke 63
semoga Allah panjangkan usia dan kurniakan kesihatan yang baik. Amin.
140116

Saturday, January 9, 2016

Selamat datang tahun 2016 By Nasir Hamid



Syukur Alhamdulillah.
Coretan pertama untuk Tahun Baharu, terlalu sibuk dengan tugasan sebagai seorang pelajar dan kerja. Masih lagi dijawatan lama dan tiada perubahan di tahun 2016. Cuma yang berubah adalah bos. Seperti biasa awal tahun adalah masa untuk menyiapkan segala tugasan dan masa semakin hampir untuk menghadapi peperiksaan akhir.

Tak sangka dah nak masuk semester 6. Insha Allah semakin hampir untuk menggenggam ijazah. Cubaan kali ketiga baru berjaya.hehehe

Keluarga..Alhamdulillah bahagia. Semoga ada yang terbaik untuk tahun 2016. Anak? My Hero semakin membesar dan pandai bercakap. Hehehe..syukur pd yang Maha Esa.

Harapan. Semoga Ayah dan emak di kampung diberi kesihatan yang baik.

Dari segi ekonomi tahun 2016, adalah tahun yang paling mencabar. Sudah pasti kos sara hidup akan menjadi ujian yang getir. Tengah memikir bagaimana untuk survive, kerana Gaji 3K tidak mampu untuk menampung kehidupan hari ini.

Tahun 2016 juga 2 pilihanraya yang menarik perhatian saya iaitu PRN Sarawak dan pemilihan Presiden Amerika Syarikat. Di Sarawak, adakah CM Adenan dapat merampas kerusi Cina DAP? Selain persaingan antara Hillary Cinton dan Donald Trump(anti islam), dunia pasti menunggu siapa yang akan terpilih.

Bagaimana Pula Kerajaan Persekutuan berdepan ekonomi dunia? Adakah memilih untuk berjimat cermat atau sebaliknya? Apakah perlu rombakan cabinet kedua DS Najib untuk menyingkirkan Pemimpin BN yang gagal mendapat sokongan rakyat?

Okey. Setakat ini yang mampu difikirkan untuk Januari. Esok usia akan masuk ke 32.

Wow..


Monday, December 28, 2015

Bila anak panggil kita “bah”






Selamat hari jadi anak papa yang ke -3 pada 26.12.2015.

Baru ini sempat juga bercuti bersama keluarga hampir sebulan.

Inilah nikmat bila kita mempunyai zuriat. Maaf tiada niat lain. Sekadar untuk berkongsi.


Walaupun tutur kata anak belum jelas dan sukar difahami, saya cuba untuk melayan karenahnya.

Saya suka bila bila anak bertanya” bah.bah..bah..(merujuk kepada saya)

Kalau tengah sy drive kereta dia akan tunjuk “situh“bermakna dia nak kita hala ke laluan tu.

Nak mintak dukung kat belakang dia cakap “sikuk”

Banyak lagi bahasa dia yang sy nak kena belajar.

Apa- apa pun kehadiran Muhd Nashwa Faaiz adalah satu anugerah dr Allah SWT yng sangat besar dan indah.


Thanks utk wife Norsilawati, kerana menjadi ibu yang terbaik buat anak kita. part dia panggil mama tu yang tak tahan...dipanggilnya "sue'..kdg2 'kak"..hehehe


Selamat Hari jadi Muhd Nashwa Faaiz. Semoga menjadi anak yang berguna di masa hadapan..

Saturday, October 3, 2015

Balik Kampung Raya aji 2015

Apa yang kau renung adalah masa depan. cerita untuk hari yang akan datang..


hehe..
done.
time balit kampung utk taun 2015.
with faaiz and mama.
1st drive dr Kuching. besalah berjam2..
nait  Spedboat. nampak Faaiz kedak takut.
mamanya pun sama juak. biasalah nenga kes bot2 karam.
smpey kampung, cam biasa. dok umah jak la..
embak faaiz nangkap ketam. suruhnya main kat tanah. umah di Kuching sik da tanah koh.
dah ya nya pun dh pandey turun tangga dimpun,
belajar bah.hehe

raya aji kat kpg nang sik da apa2. cam biasa jak
just smbhyang raya jak.
then try nak balit Sibo. Perjalanan bait2 jak..stay di sibo 2 ari b4 nak balit Kuching.
Try makey jeraya darat ke belawei nak agak panteynya.
hehehe
syok bena anak papa main aek laut upanya.
jeng2..
then abis cuti taun tuk...
balit Kuching.